Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz seringkali menangis di malam hari
sepanjang tempoh beliau menjadi khalifah. Apabila khadamnya
bertanyakan hal tersebut beliau menjawab, "Bukan engkau yang akan
berhadapan dengan Tuhan di Akhirat kelak. Seluruh anggota tubuh serta
apa sahaja yang menjadi milikku, Tuhan akan perhitungkan. Itu pun
belum tentu aku akan selamat. Betapalah kini seluruh urusan umat
tertanggung di atas bahu aku."
Begitulah sikap pemimpin yang bertaqwa. Taqwa itulah kelayakan paling
utama sebagai pemimpin. Taqwa itulah modal utama beliau melaksanakan
tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan benar-benar tepat menurut
kehendak Allah SWT dan RasulNya. Bermodalkan taqwa itulah maka beliau
memiliki anugerah Allah SWT yang sangat mahal. Anugerah itu disebut
oleh Allah SWT di dalam Al Quran dengan maksudnya:
"Dengan sebab merekalah maka orang lain dibantu. "
"Dengan sebab merekalah maka orang lain diberi rezeki. "
Ertinya bukan terhenti pada dirinya saja dibantu oleh Tuhan dalam
segala urusan, malah orang lain turut mendapat rahmat, bantuan dan
pertolongan dari Tuhan.
Selepas era salafussoleh, persoalan taqwa sudah tersisih dari
kehidupan para pemimpin. Tamadun manusia semakin berkembang tetapi
kepentingan taqwa dalam kepimpinan semakin tidak dipedulikan. Apabila
keadaan demikian terjadi, pemimpin semakin renggang dari Tuhan,
semakin jauh dari Rasulullah SAW. Akibatnya syariat semakin terbarai
dan semakin rosak, kasih sayang semakin pupus. Masyarakat sudah tidak
terdidik. Sudah tidak lagi terbangun insaniah, dalam ertikata tidak
lagi memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan.
Di zaman salafussoleh di mana tamadun rohani masih tinggi,
masyarakatnya rata-rata masih baik, mereka amat takut dengan jawatan
dan pangkat khususnya dalam kepimpinan umat. Sesiapa yang berada di
tampok kepimpinan, merekalah yang paling cemas dan bimbang. Merekalah
yang sentiasa kecut hati berhadapan dengan keagungan dan kebesaran
Tuhan. Kebesaran Tuhan itu benar-benar menjadikan hati mereka
sentiasa bergelombang dengan ketakutan. Takut, kerana Maha Besarnya
Tuhan itu dengan segala sifat 'Maha'-Nya boleh memusnahkan alam
semesta ini dengan sekelip mata saja. Sama saja di sisi Tuhan dalam
hendak menjadikan seluruh alam ini dengan berkata, "Jadilah!", maka
terjadilah segala-galanya.
Keadaan kepimpinan di zaman salafussoleh itu sudah tidak terjadi lagi
di zaman di mana masyarakat serba rosak ini kepimpinan sudah menjadi
idaman dan sebutan. Rata-rata golongan yang sangat 'ambitious' kepada
kepimpinan itu sudah tidak lagi merasa takut kepada kebesaran Tuhan.
Sudah tidak mempedulikan soal Hari Perhitungan. Sudah melupai akan
risiko dan beban berat yang bakal ditanggung. Kepimpinan sudah
menjadi lubuk kesenangan, kemewahan dan populariti. Keinginan duniawi
sangat jelas terbukti di kalangan pemimpin itu sendiri yang
kepentingan diri, keluarga dan suku-sakatlah yang sangat diutamakan
berbanding khidmat menyelesai dan memenuhi urusan masyarakat.
Sebagai pemimpin, Tuhan menjanjikan ganjaran yang amat istimewa
seperti disebut oleh Rasulullah SAW dengan maksud, tujuh golongan
yang memperolehi naungan Arasy, yang salah satu dari tujuh golongan
tersebut ialah pemimpin yang adil. Dalam keterangan Hadis yang lain,
Rasulullah ada menyebut dengan maksud bahawa keadilan sesaat menyamai
ibadah enam puluh tahun. Berdasarkan keterangan Hadis tersebut,
terlalu besar perhatian Tuhan terhadap golongan pemimpin. Namun di
atas keistimewaan itu perlu diingat bahawa bukan mudah untuk
mencapainya. Syarat-syarat yang perlu dipenuhi amat ketat. Betapa
besarnya janji Tuhan bagi mereka yang berjaya, begitulah juga berat
dan keras pula ancaman Tuhan bagi mereka yang gagal dalam kepimpinan.
Banyak perkara jangan yang mesti dihindari oleh para pemimpin.
Perkara-perkara 'jangan' itu tidaklah dipandang berat oleh Allah SWT
andainya dilakukan oleh masyarakat biasa atau rakyat jelata. Dengan
kata lain, adalah amat cacat sekiranya perkara-perkara ini dibuat
oleh para pemimpin. Di kalangan masyarakat yang bertaqwa, pemimpin
tidak punya apa-apa keistimewaan malah mereka terpaksa mencapai
kedudukan: "kebajikan bagi orang-orang abrar itu (orang soleh) itu
merupakan dosa bagi orang mugarrabin(orang yang dekat dengan Tuhan)."
Sebab itulah perkara-perkara 'jangan' bagi pemimpin mesti dijaga agar
kedudukannya terus kekal berbeza dengan rakyat biasa. Antara perkara-
perkara jangan itu ialah:
PERTAMA: Pemimpin jangan dengan mudah merasa selamat. Di hadapan
rakyat, seorang pemimpin itu sentiasa diperhatikan kerana pemimpin
itu adalah tempat rujukan dan ikutan rakyat. Manakala di sisi Allah
SWT pula, bukan saja manusia, terabai tanggungjawab terhadap haiwan
pun memungkinkan dipersoalkan oleh Allah SWT.
Rasa selamat itu ertinya sudah lupusnya rasa kehambaan. Sedangkan
seorang hamba itu, hendaklah sentiasa merasai berdosa walaupun dalam
keadaan tidak berdosa. Betapalah kalau memang berdosa. Mengekalkan
rasa kehambaan yang mendalam itulah yang mendorong seorang pemimpin
sentiasa merintih dan mengadu kepada Tuhannya agar sentiasa memberi
petunjuk dan pimpinan.
Rasa kehambaan juga menjadikan seorang pemimpin itu sentiasa
bertaubat memohon keampunan. Taubat itu pula merupakan salah satu
saluran bantuan Allah SWT. Selain itu, yang lebih penting ialah
seorang pemimpin bertanggungjawab membawa manusia kepada Tuhan.
Membawa manusia merasai rasa kehambaan dan rasa bertuhan.
Tanggungjawab atau peranan itu tidak akan berkesan kecuali pemimpin
itu sendiri memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan.
KEDUA: Pemimpin jangan tercabar dengan sebarang kritikan. Anggaplah
sebarang kritikan umpama ada orang yang memberitahu bahawa dalam baju
kita ada lipan. Sekalipun pemimpin tidak bersalah, terimalah lebih
dahulu sebarang kritikan. Wibawa seorang pemimpin akan jatuh
sekiranya awal-awal lagi sudah memberi reaksi sembrono, gopoh dan
melenting.
KETIGA: Pemimpin jangan mudah merajuk. Sedari dan fahamilah bahawa
masalah manusia tidak akan selesai dunia Akhirat. Bertambah tidak
selesai, bertambah kusut dan buntu andainya pemimpin membawa diri
kerana merajuk. Masalah akan terus terbiar sekiranya pemimpin memilih
untuk lari dari masalah.
KEEMPAT: Pemimpin jangan menutup pintu perbincangan, muzakarah atau
berkongsi idea, buah fikiran dan pandangan. jangan sekali-kali
bersikap tidak menerima perbezaan pendapat, jangan timbul rasa tidak
senang terhadap mereka yang memberi pendapat yang bertentangan. Lebih-
lebih lagi pantang sama sekali seorang pemimpin itu mencari jalan
menghapuskan mereka yang tidak sependapat, ertinya menyama-tarafkan
mereka sebagai musuh.
KELIMA: Pemimpin jangan suka diampu. Sikap begini akan menjadikan
seseorang pemimpin itu di kelilingi oleh pengampu. Pengampu bukan
bererti penyokong dan pengampu juga seringkali tidak jujur. Mereka
mempunyai muslihat untuk kepentingan diri. Laporan dari para pengampu
ini seringkali kurang tepat. Sekiranyaseorang pemimpin itu membuat
keputusan dan bertindak atas laporan tidak tepat dari puak pengampu
maka akan timbul berbagai fitnah di dalam masyarakat.
KEENAM: Pemimpin jangan hanya bersedia terhadap orang atau sesuatu
keadaan yang menyenangkan saja, yakni kalau tidak selesa mudah
menarik muka dan menarik diri. Kalau tidak sesuai dengan selera dan
keselesaan diri maka ditolaknya. Pemimpin yang bersikap begini adalah
pemimpin yang lemah, yang tidak berupaya menanggung risiko. Kalau
pemimpin tidak mahu mengambil risiko, betapalah rakyat biasa.
Mana-mana pemimpin yang ada pada dirinya perkara-perkara yang
tersebut di atas maka dia adalah pemimpin yang ego dan tidak memenuhi
syarat sebagai seorang pemimpin. Pemimpin yang begini pasti tidak
mendapat pertolongan Tlihan dalam urusan kepimpinannya. Ini kerana
dia tidak menghayati tugas dan peranan pemimpin.
Seorang pemimpin itu mestilah dengan penuh sedar bahawa tanggungjawab
dan amanah Allah itu hendaklah dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Dalam melaksanakan urusan kepimpinan itu Tuhan mahu melihat sejauh
mana kesabaran dan pergantungan kita kepada Tuhan. Manakala kejayaan
dalam urusan itu terserah kepada Allah SWT. Terdapat contoh sejarah
di kalangan para rasul yang Tuhan tegur lantaran sikap kurang sabar,
merajuk dan kurang bergantung kepada Tuhan.Contohnya, ialah Nabi
Yunus a.s. Sedikit sikap merajuk atau kurang sabar Nabi Yunus itu
bukanlah sampai terjatuh ke tahap dosa. Hanya sedikit rasa kurang
selesa dengan kaumnya yang degil dan menyanggah seruannya. Lantaran
itulah maka Nabi Yunus a.s. ditegur oleh Allah SWT. Teguran Tuhan itu
didatangkan dalam bentuk Allah timpakan kesusahan kepada Nabi Yunus
yang mana beliau ditelan oleh ikan. Kejadian itu menyedar dan
menginsafkan Nabi Yunus. Lantas Nabi Yunus bertaubat tidak putusputus.
Apabila taubat Nabi Yunus itu diterima dan Nabi Yunus kembali
berserah kepada Tuhan, maka Tuhan keluarkan beliau dari perut ikan
tersebut. Sewaktu kaumnya menemui Nabi Yunus terdampar di sebuah
pantai, keadaan tubuhnya amatlah lemah. Kaumnya menerima Nabi Yunus
dan memulihkannya. Kaumnya telah mengalami perubahan yang amat
ketara. Perubahan kaum Nabi Yunus itu berlaku ketika Nabi Yunus masih
berada di dalam perut ikan. Ertinya perubahan yang berlaku itu tanpa
diusahakan oleh Nabi Yunus, dan tanpa sebarang penentangan.
Iktibar penting dari peristiwa Nabi Yunus dengan kaumnya itu ialah
betapa sedikit saja tersilapnya seorang pemimpin maka Allah datangkan
kifarah atau denda sebagai penebus dosa. Dan apabila seorang pemimpin
itu bersungguh-sungguh membaiki diri, mendekatkan diri kepada Tuhan,
bertaubat, memohon ampun, merintih, merayu dan menyerah diri kepada
Tuhan; tanpa diusahakan, Tuhan jadikan masyarakat berubah, betapalah
kalau disertakan dengan usaha. Adakalanya kedegilan umat, ingkarnya
umat, keras kepada, tidak mahu patuh, itu adalah merupakan signal
dari Tuhan bahawa pemimpin itulah yang sangat perlu membaiki dirinya.
Apabila 'Whan sudi memandang dirinya maka Tuhanlah yang berhak
menunaikan janjiNya melalui Tuhan lakukan perubahan kepada
masyarakat.
Thursday, March 4, 2010
babak kematian
4 BABAK SELEPAS KEMATIAN
Ada orang menyangka mati itu senang
Apabila mati kita ditanam kemudian jadi tanah habis cerita
Yang susah hanya di dunia, apabila mati selesailah masalah
Orang ini tak pernah belajar,dia anggap mati itu mudah
Padahal kalau tidak ada iman, syariat diabaikan mati sangat menyakitkan
Dia akan menempuh 4 babak yang sangat menakutkan
Kesakitan mati macam pukulan tiga ratus pedang yang tajam
Di dalam kubur pula dipukul dan dibelasah oleh Mungkar Nakir sangat sakitnya
Makin lama Kiamat lamalah masa menerima azab kubur
Dia diazab tidak ada ringan-ringan
Dipukul dipalu oleh malaikat amat ganasnya
Terpekik terlolong tidak ada siapa yang menolongnya
Di padang Mahsyar diabaikan beratus-ratus tahun
Di dalam keadaan tidak berpakaian
matahari di atas ubun amat panas
Terlontar terbiar macam cacing kepanasan
tiada siapa yang menolongnya
Masing-masing tidak memperduli, masing-masing jaga diri.
Akhir sekali meniti Sirotul Mustaqim,
kemudian berguguranlah ke dalam api
Di dalam Neraka yang panas dirantai dipukul dibelenggu
makan buah zaqum yang panas
Dengan bau busuknya kalau terbau oleh makhluk dunia semuanya mati
Di dalam Neraka kekal abadi tidak diukur oleh masa lagi
Marilah kita insaf dengan cerita ini
marilah kita menyiapkan diri
Agar kita selamat dengan penderitaan yang diceritakan tadi
Ada orang menyangka mati itu senang
Apabila mati kita ditanam kemudian jadi tanah habis cerita
Yang susah hanya di dunia, apabila mati selesailah masalah
Orang ini tak pernah belajar,dia anggap mati itu mudah
Padahal kalau tidak ada iman, syariat diabaikan mati sangat menyakitkan
Dia akan menempuh 4 babak yang sangat menakutkan
Kesakitan mati macam pukulan tiga ratus pedang yang tajam
Di dalam kubur pula dipukul dan dibelasah oleh Mungkar Nakir sangat sakitnya
Makin lama Kiamat lamalah masa menerima azab kubur
Dia diazab tidak ada ringan-ringan
Dipukul dipalu oleh malaikat amat ganasnya
Terpekik terlolong tidak ada siapa yang menolongnya
Di padang Mahsyar diabaikan beratus-ratus tahun
Di dalam keadaan tidak berpakaian
matahari di atas ubun amat panas
Terlontar terbiar macam cacing kepanasan
tiada siapa yang menolongnya
Masing-masing tidak memperduli, masing-masing jaga diri.
Akhir sekali meniti Sirotul Mustaqim,
kemudian berguguranlah ke dalam api
Di dalam Neraka yang panas dirantai dipukul dibelenggu
makan buah zaqum yang panas
Dengan bau busuknya kalau terbau oleh makhluk dunia semuanya mati
Di dalam Neraka kekal abadi tidak diukur oleh masa lagi
Marilah kita insaf dengan cerita ini
marilah kita menyiapkan diri
Agar kita selamat dengan penderitaan yang diceritakan tadi
Tuesday, February 23, 2010
Tahukah kamu bahawa neraka jahanam milik Allah itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.Wallahua’ lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
tidakkah kita takut akan segala dosa yg telah kita lakukan?
adakah amalan kita selama ini sudah cukup untuk kita selamat dr seksaan neraka??
jgn sronok di dunia tp derita di akhirat...
jdilah manusia yg bahagia di dunia dan akhirat..
manusi yg sedar mengapa dirinya diciptakn..
manusia yang sedar akan amanah yg dipikul....
jgn menyesal di kemudian hari...
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.Wallahua’ lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
tidakkah kita takut akan segala dosa yg telah kita lakukan?
adakah amalan kita selama ini sudah cukup untuk kita selamat dr seksaan neraka??
jgn sronok di dunia tp derita di akhirat...
jdilah manusia yg bahagia di dunia dan akhirat..
manusi yg sedar mengapa dirinya diciptakn..
manusia yang sedar akan amanah yg dipikul....
jgn menyesal di kemudian hari...
Subscribe to:
Posts (Atom)